Selasa, 27 Maret 2012

Quran Menjelaskan Sistem Pertahanan Badan dan Minda

1) Pendahuluan
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, mujahid, alim ulama, guru/ustaz, dan seluruh umat muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bertemu lagi. Kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Al-Quran dari perspektif “Al-Quran dan ICT/sistem”, iaitu yang berasaskan “Al-Quran bi Al-Quran”, melihat Al-Quran sebagai “super-super computer” yang menyimpan 10 lautan-dakwat khazanan ilmu.
Ayat An-Nahla 16:81 menjelaskan serangan siber boleh berlaku bila-bila masa dan menyuruh umat Islam supaya sentiasa bersiap-sedia dengan membina sistem pertahanan dan keselamatan badan dan minda dari pancaran radioaktif dan elektromagnetik.
Kali ini kita mengkaji ayat An-Nahla 16:81 tentang ilmu dan teknologi “nano”, ilmu halus, ilmu quantum, dan bagaimana Al-Quran menyuruh umat manusia membina sistem pertahanan dan keselamatan diri dengan menggunakan bahan dari gunung-ganang seperti tanah-liat, granit, dsbnya. Ayat 16:81 ini mestilah dikaji bersama-sama dengan ayat Az-Zaariyat 51:1-11 dan ayat An-Nahla 16:48.
Ayat ini memang benar-benar membuktikan Al-Quran adalah Kalam Allah sebab kajian sains telah membuktikan kebenaran ayat ini iaitu bahan-bahan dari gunung-ganang seperti “bentonite clay” boleh menyahkan dan menutralkan pancaran radioaktif, elekmagnetik, dan sebagainya. Subhanallah!
2) Penjanaan Ilmu Baru = Penjanaan Ekonomi
Pada awal siri “Kajian Al-Quran” ini kita telah mengkaji ayat-ayat Az-Zaariyat 51:1-11 (tentang wireless communication) dan pada siri yang lepas ayat An-Nahla 16:48 menjelaskan tentang tenaga magnet “daakhirun” yang boleh menjana pelbagai jenis ikatan kimia (chemical bonding). Semua ini adalah dalam kategori ilmu-ilmu ghaib, ilmu-ilmu halus, atau nano atau quantum fizik. Ianya sudah lama diperjelas dalam Al-Quran, dengan begitu tepat dan terperinci.
Tidakkah ilmu-ilmu ini telah memberi kesan besar kepada penghidupan manusia? Tidakkah ilmu-ilmu ini adalah petunjuk, rahmah, dan berita gembira kepada umat Islam?
Kaji dan perhatikan kepada industri ICT, ianya sudah menjadi satu industri yang amat besar padahal hanya wujud sejak 50-60 tahun yang lepas. Industri baru ini telah membuka sumber ekonomi yang amat besar berjumlah beribu-ribu juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus juta manusia. Sebab itu Allah SWT menyuruh umat Islam mengkaji ayat-ayat Quran kerana di dalam Al-Quran itu terdapat banyak “petunjuk, rahmah, dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam”.
Malang sekali tidak ramai umat Islam yang mahu dan berminat untuk mengkaji ayat-ayat Quran dan mengeluarkan pelbagai ilmu hukum alam (laws of the universe) dan ilmu-ilmu yang dapat membolehkan mereka melakukan amalan solehan, melakukan penambah-baikkan, melakukan “continuous improvement” atau “kaizen” dalam bahasa Jepun seperti yang dituntut dalam Islam.
3) Al-Quran adalah Super-super Computer
Umat Islam tidak mahu mengkaji Al-Quran sebab ada segelintir para alim ulama mengatakan Al-Quran adalah kitab umum yang tidak menjelaskan segala-galanya. Mereka kata kitab Al-Quran tidak mampu berdiri dengan sendiri, kitab Al-Quran memerlukan kepada kitab-kitab lain (untuk menjelaskan isi kandungannya). Mereka skeptikal dan tidak yakin kepada Al-Quran.
Melalui pengalaman semakin dikaji, saya nampak kitab Al-Quran adalah juga kitab sains dan ICT, bukan sahaja kitab agama (solat, puasa, zakat, halal, haram, dsbnya). Kitab Al-Quran adalah kitab yang “hidup”, yang tahu segala permasalahan manusia dan sentiasa menyediakan jalan penyelesaian. Oleh itu para alim ulama agama seharusnya mengaplikasikan penemuan-penemuan baru ini ke dalam amalan kehidupan seharian.
Bahkan semakin mendalam kajian saya, saya yakin bahawa Al-Quran itu adalah super-super computer. Cuba kaji bahasa yang digunakan Al-Quran (bahasa arab), cuba lihat pada i’rabnya, pada wazannya, adakah ianya lebih mirip kepada bahasa manusia atau kepada bahasa komputer?
Mana ada bahasa manusia menggunakan i’rab dan wazan (yang sistematik dan berfungsi) selain dari bahasa Arab dan bahasa komputer? Tanpa i’rab, tanpa “parameter” sistem komputer tidak boleh berfungsi. Malah konsep “wazan” (how to treat the verbs) yang digunakan dalam Al-Quran (bahasa Arab) digunakan dalam “artificial intelligence”, “neuro-programming” dan “very advanced computing”. Konsep wazan tidak ada digunakan dalam bahasa-bahasa lain selain dari komputer!
Cuba fikir kenapa Allah menyuruh manusia mengkaji ayat-ayat Al-Quran dengan metod “Al-Quran bi Al-Quran”? tidakkah metod ini amat pintar dan genius? Cuba fikir bolehkah seseorang pilot memandu pesawat Boeing 787 dengan menggunakan buku panduan Airbus A383? Bolehkan seseorang pomen membaiki kereta Ferrari dengan menggunakan buku panduan Perodua Kancil?
Sudah tentu tidak, kalau memandu pesawat Boeing mestilah menggunakan buku manual Boeing juga, dan kalau mahu betulkan kereta ferrari mestilah menggunakan buku manual Ferrari juga. Begitulah juga dengan Kitab Al-Quran, kalau mahu memahami dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran mestilah menggunakan buku panduan Al-Quran juga (Al-Quran bi Al-Quran).
Mungkin juga betul pendapat alim ulama bahawa Al-Quran bergantung kepada kitab-kitab hadith, tetapi mungkin ianya dalam domain agama sahaja, seperti untuk mengeluarkan ilmu dan fatwa agama, seperti cara-cara solat, mengerjakan haji dan sebagainya. Namun pada hakikatnya Al-Quran adalah kitab yang lengkap dan sempurna, yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menjana ilmu-ilmu petunjuk, ilmu-ilmu untuk membina kekuatan umat Islam, sistem pertahanan minda, dan sebagainya.
4) Ilmu Ghaib Hakiki vs Ghaib Subliminal
Kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Quran yang menjelaskan tentang makhluk tersangat kecil yang tidak nampak oleh mata manusia, makhluk ghaib, atau “quantum fizik” iaitu seperti elektron, foton, atom, gelombang elektromagnetik, graviti, dan sebagainya. Benda-benda ini tidak dapat dikesan oleh pacaindera kasar manusia (iaitu di bawah tahap mampu manusia atau dipanggil ilmu “subliminal”).
Secara ringkasnya, Al-Quran membahagikan “ilmu ghaib” kepada dua bahagian iaitu “ghaib hakiki” dan “ghaib subliminal”. Ghaib hakiki adalah tentang benda-benda ghaib yang tidak dapat dikaji oleh akal manusia tetapi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Allah melarang manusia mengkaji tentang ghaib hakiki ini sebab ianya tidak dijelaskan di dalam Al-Quran (melainkan hanya sedikit sahaja). Namun ianya wajib dipercayai dan diyakini (itulah yang dikatakan “iman”). Contohnya seperti kewujudan Allah SWT, syurga, neraka, dan roh.
Ghaib subliminal pula ialah benda ghaib yang tidak dapat dikesan sebab kelemahan manusia, sebab had kemampuan dan limit kebolehan manusia. Allah menggalakkan manusia mengkajinya untuk membuktikan Al-Quran adalah Kalam Allah, dan Allah SWT amat mengetahui segala-galanya, dan untuk menujukkan manusia itu tersangatlah lemah hanya dapat mengetahui ilmu-ilmu yang dapat dikesan oleh pacaindera kasar sahaja.
Sebab itu rukun iman ke-6 (Qada’ dan Qadar) kita wajib percaya kepada Qadar iaitu wajib percaya bahawa setiap makhluk dijadikan dengan had, kemampuan, dan kebolehan yang tertentu sahaja, yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Spesifikasi Qadar atau kudrat semua makhluk Allah telah ditulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi.Yang ditulis adalah spesifikasi sahaja, bukannya segala gerak-geri, tindakan dan perbuatan manusia. Kitab tentang perbuatan dan gerak-geri manusia belum lagi ditulis, dan kitab ini sedang ditulis oleh ke dua-dua malaikat yang menjaga kita (lihat ayat 19:79, 43:80, dsbnya).5) Al-Quran Mendahului Zaman
Kali ini kita akan melihat dan mengkaji ayat An-Nahla 16:81, iaitu sambungan kepada perbincangan lepas, ayat An-Nahla 16:48. Ayat ini sekali lagi menjelaskan bahawa segala makhluk di alam ini dijadikan dari “dzilaalan” (bayang-bayang).
Dan Allah telah jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai (bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia), demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu menyerah diri (sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81
Secara ringkasnya ayat 16:81 ini adalah satu ayat saintifik, yang mengandungi ilmu yang tinggi lagi hebat. Ianya juga ayat hukum dan perundangan iaitu keperluan umat Islam menyediakan pakaian atau sistem pertahanan sel-sel badan dan otak.
Ianya harus dikaji dan difahami dengan ayat 16:48 dan ayat 51:1-11. Ianya menjelaskan tentang bahaya dari pencemaran kuasa getaran (string vibration) seperti “ionization” dan kuasa radiasi seperti pancaran radioaktif dan gelombang elektromagnetik. Manusia tidak boleh menuduh Allah SWT zalim (kerana tidak memberi ilmu) sekiranya tubuh-badan dan minda mereka rosak disebabkan kesan dan impak pencemaran radiasi.
Dalam ayat ini Allah SWT membuktikan kepada manusia bahawa kitab Al-Quran adalah kitab yang mendahului zaman, kitab yang mengajar umat Islam perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difahami oleh manusia yang hidup pada zaman Nabi SAW.
6) Kehebatan Tanah-Liat
Ayat 16:81 ini menjelaskan kepentingan dan kehebatan bahan-bahan dari bukit-bukau seperti tanah-liat, granit, garam kristal, batu-batu permata, dan sebagainya. Ahli sains telah membuat kajian dan memang terbukti bahan-bahan seperti tanah-liat (misalnya bentonite clay) dapat menyahkan getaran dan radiasi dan sebagainya.
Kita telah mengkaji (pada beberapa siri yang lepas) akan kehebatan mikro-kristal yang bersifat piezoelektrik dan pyroelektrik. Dan sekarang Al-Quran mengulangi lagi penerangan dan kelebihan bahan-bahan dari tanah dan bukit-bukau.
“Yutimmu Ni’matahu” (Allah telah melengkapkan nikmatNya) merujuk kepada ilmu pertahanan badan dan minda, iaitu ilmu nanoteknologi, untuk menyelamatkan manusia dari serangan getaran string dan pancaran radiasi. Pada hari ini memang terbukti manusia terdedah kepada pelbagai pancaran dan sinaran yang merbahaya kepada kesihatan dan minda mereka.
Statistik menunjukkan penyakit mental (dan pelbagai penyakit ganjil) meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit mental akan menjadi musuh utama manusia mengatasi penyakit jantung.
7) Model Atom Quantum vs Model Atom Quran
Saya berharap tidak ada yang keliru antara “dzilaalan” dan “daakhiran” (dalam ayat 16:48). Insyaallah kita akan kaji dengan mendalam perkataan dan konsep “dzilaalan” dan “daakhiran” apabila kita masuk bab quantum mekanik , teori relativiti, dan teori string. Buat setakat ini anggaplah “dzilaalan” dan “daakhiran” adalah benda yang hampir sama dan boleh bertukar-tukar (interchangeable).
Agar tidak keliru bayangkan “dzilaalan” sebagai partikel dalam bentuk “string” dan “daakhiran” sebagai tenaga magnet (energy) atau tenaga gelombang (wave). Sekarang saya juga sedang mengkaji model sub-atomic yang sebenarnya (berdasarkan ayat-ayat Quran), samada sama seperti model quantum fizik atau sama sekali berlainan.
8) Double-Slit Experiment & Makmal Saintifik Al-Quran
Apabila kita mengkaji atom, elektron dsbnya, maka tidak dapat tidak kita akan mengkaji double-slit experiment. Saintis Barat bingung dan keliru dengan sifat dan perangai elektron yang boleh berubah-rubah. Misalnya apabila menggunakan single-slit, elektron akan bersifat seperti partikel. Tetapi apabila menggunakan double-slit, elektron bertukar menjadi gelombang (wave). Dan yang lagi hairan dan membingungkan ialah apabila “diperhatikan” (dipasang detektor untuk melihat elektron masuk dari lubang mana), sifat elektron akan bertukar semula menjadi seperti partikel. Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah elektron sedar (konsius) yang ianya sedang diperhatikan?
Yang menjadi isu ialah sekiranya detektor di off (dimatikan), elektron yang melalui double-slit akan bersifat gelombang, tetapi apabila ditektor di buka (on) ia akan bersifat partikel. Yang lagi menjadi masalah besar ialah apabila detektor dibuka (on) selepas elektron menyeberangi double-slit, ianya masih mampu bertukar menjadi partikel! Adakah elektron sudah tahu terlebih awal (semasa keluar dari muncung senapang) akan niat manusia (untuk on atau off detektor)?
Para Saintis Barat membelanjakan beribu-ribu juta dolar untuk membina sebuah makmal untuk mengkaji struktur dan sifat-sifat elektron, neutron dan proton (bukan kereta proton, tetapi makhluk yang ada dalam nuklius sesuatu atom). Barat yakin dan percaya bahawa sesiapa yang terlebih dahulu dapat memahami struktur dan sifat elektron dan foton maka mereka akan menguasai dunia, mereka akan menjadi kuasa baru dunia!
Sudah tentulah ianya (perbelanjaan yang amat besar ini) tidak mampu dilakukan oleh negara kecil seperti Malaysia. Tetapi mampukah kita membelanjakan beberapa juta ringgit untuk membina sebuah “makmal saintifik Al-Quran” untuk mengkaji benda yang sama? Mahukah kita terus ketinggalan? Terus ditindas dan dikotak-katikkan?
9) Penjelasan (baru) ayat An-Nahla 16:81 dan Pengajaran
Ayat 16:81 ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: a) awal, b) pertengahan, dan c) akhir. Di awal ayat, Allah SWT menyuruh manusia melihat tentang kejadian diri mereka sendiri iaitu yang dijadikan daripada “dzilaalan”. Di pertengahan ayat, Allah SWT memberitahu tentang bahan-bahan daripada bukit-bukau dan gunung-ganang seperti tanah-liat, garam galian, granit, batu permata, dan sebagainya.
Dan di akhir ayat, Allah SWT menjelaskan tentang “Penyempurnaan NikmatNya” iaitu ilmu pertahanan dan keselamatan badan dan minda.
Pelajaran dari ayat ini ialah, umat Islam haruslah mengkaji bahan atau material binaan rumah-rumah dan bangunan. Misalnya mengkaji bahan-bahan dari granit, tanah-liat, papan (kayu-kayan), plastik, kaca, dan sebagainya. Begitu juga dengan bahan-bahan membuat pakaian seperti dari benang kapas, sutera, nylon, dan sebagainya.
Kajian yang perlu dibuat adalah untuk mempastikan keselamatan manusia daripada pelbagai kesan pencemaran radiasi seperti pancaran gamma, x-ray, elektromagnetik, ultra-violet dan sebagainya. Begitu juga dengan kesan dan impak dari pelbagai getaran halus seperti ionik vibration, heat vibration, dan sebagainya.
10) Nanoteknologi dan Pakaian Keselamatan
Sekarang manusia sudah boleh membuat satu keping transistor yang hanya bersaiz 45 nm (kalau nak buat gambaran betapa kecilnya saiz transistor ini, cuba bayangkan hujung rambu yang dibelah kepada 10,000 bilah) dan dapat “menyumbat” hampir 1 bilion (1,000,000,000) transistor ke dalam sekeping mikro-prosesor (cpu komputer) yang hanya bersaiz sebesar ibu jari.
Umat Islam sepatutnya mengambil pengajaran dari ayat 16:81 ini dengan mencipta pakaian (baju, seluar, kain sarung, tudung, kopiah, serban, dsb) pelbagai fungsi bukan sahaja untuk menutup aurat tetapi sebagai pertahanan dan keselamatan sel-sel badan dan sel-sel otak. Kalaulah 1,400 tahun ayat ini tidak membawa banyak makna (sebab Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tidak membuat rumah dalam bukit-bukit), tetapi pada hari ini ayat16:81 ini membawa makna yang amat besar kepada seluruh manusia.
Dengan adanya nanoteknologi maka ianya tidak mustahil untuk memasukkan lapisan nano-kristal ke dalam fabrik pakaian. nano-kristal ini akan menangkis segala serangan makhluk halus, seperti pancaran radiasi, getaran-nano, dan sebagainya.
Walaupun kita tidak pasti samada kecelaruan dan kekacauan yang berlaku dikalangan umat Islam sekarang sebagai petanda kita menjadi bahan uji-kaji senjata siber baru, tetapi yang pasti ialah ayat 16:81 memberi peringatan penting kepada umat Islam supaya menyediakan pakaian yang dapat mempertahankan dan menyelamatkan mereka dari pelbagai serangan pancaran radiaktif dan getaran string.
11) Kesimpulan
Ayat An-Nahla 16:81 menjelaskan betapa pentingnya umat Islam supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada, dan hendaklah bersiap-sedia dengan pakaian pertahanan yang dapat menangkis segala serangan siber, serangan pancaran radioaktif, pancaran mikro, dan sebagainya.
Ayat An-Nahla 16:81 seharusnya dikaji bersama-sama ayat An-Nahla 16:48 dan Az-Zaariyat 51:1-11, iaitu secara “Al-Quran bi Al-Quran” supaya ianya menjadi lebih jelas, dan umat Islam dapat mengeluarkan hukum dan fatwa yang sesuai agar dapat menyelamatkan umat Islam dari pelbagai ancaman subliminal, ancaman ghaib.
Ayat 16:81 ini adalah amat besar, bermakna, dan sepatutnya menjadi satu “hukum, peraturan, dan perundangan” kehidupan umat Islam supaya sentiasa bersiap-sedia dengan pakaian pertahanan sel-sel badan dan sel-sel otak. Penyediaan pakaian keselamatan ini seharusnya dibina sendiri oleh umat Islam, bukannya dengan mengimport dari musuh-musuh Islam.
Wallahu a’lam.
keyword: wujud allah menurut teori atom, ilmu ghaib dalam islam, batu permata dalam islam, ilmu gaib islam, ilmu gaib dalam islam, ilmu gaib dari alquran, ilmu supranatural dan tenaga dalam menurut hukum islam, batu mulia menurut pandangan islam, batu mulia menurut islam, ayat al-quran yg berhubungan dgn mata manusia, islam dan gelombang elektromagnetik, batu permata menurut islam, hubungan roh halus dengan radiasi, ghaib hakiki, ayat alquran tentang informasi alam gaib, ayat yang menceritakan tentang ilmu alam, ayat tentang getaran dan gelombang, surah dan ayat yang menjelaskan tentang getaran dan gelombang, ayat quran yang menjelaskan tentang informasi alam gaib, kimia dalam islam (atom), ayat alquran yg menjelaskan magnet, ayat mencegah roh halus, ilmu tenaga dalam menurut islam, polusi radiasi gelombang elektromagnetik, Ttg ghoib dlm quran, ayat-ayat al-quran berhubungan dengan magnet, ilmu ghaib menurut islam, surat an-nahl ayat 81, menurut hadis nanoteknologi, ilmu ilmu gaib dari alquran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar